Friday, October 12, 2012

Perkhidmatan Percetakan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kami bersyukur kepada Allah dengan limpah kurnia nya dapat lagi kami mengemaskini blog Pena Baiduri Creative untuk para pembaca sekalian. Entri kali ini kami The PBC Team ingin memberitahu pada semua pembaca bahawasanya Pena Baiduri Creative kini telah memberikan khidmat rasminya dan secara tidak langsung kami bernaung di bawah syarikat Bariah Trading yang berpengkalan di Jalan Kebun dalam bidang grafik dan percetakan. Kami menyediakan perkhimatan percetakan t-shirt, business card, company profile dan pelbagai lagi perkhidmatan percetakan. Di sini kami ingin mempromosikan company Bariah Trading dan jika anda berminat dengan perkhidmatan yang di tawarkan, jangan segan silu untuk berhubung dengan mereka untuk maklumat lanjut ataupun tempahan.


Logo BARIAH TRADING

Nama Syarikat: Bariah Trading
Nombor Pendaftaran Syarikat : SA0234131-T
Alamat: Lot 4064, Lorong Sarkawi, Kg. Jln Kebun, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor.
Nombor Tel/Fax: 03-51622098
Email: bariahtrading@gmail.com
Nama Pemilik Syarikat: Siti Bariah Binti Basri
Nombor H/P: 012-310 7432

Servis Yang Ditawarkan:
-Membekal alatulis/rubber stamp/notis board dll.
-Membekal cenderamata/t-shirt/cap dll.
-Membekal perabot pejabat.
-Membekal mesin pejabat.
-Perkhidmatan mengecat/ketuk/welding kenderaan.
-Membekal aksesori kenderaan.



Oleh yang demikian, jika anda berminat dengan servis atau perkhidmatan yang ditawarkan anda boleh la berhubung dengan company di atas untuk maklumat lanjut dan tempahan. Sekian saja maklumat yang kami dapat kongsikan buat masa ini. Kami akan kemaskini lagi entri di masa akan datang Insyaallah. Jika ada sebarang pertanyaan dan maklumbalas mengenai Pena Baiduri Creative, sila emailkan kepada penabaiduri@gmail.com atau lawati laman sesawang Facebook kami di Pena Baiduri Creative (Official). Sokongan anda amat kami hargai. Akhir kata dari kami The PBC Team, MAJULAH SENI UNTUK NEGARA. Terima Kasih.

Tuesday, September 11, 2012

Single Terbaru

Alhamdulillah..Berkat kurnia-Nya dapat lagi kami mengemaskini blog PBCreative..Kali ni kami hidangkan anda dengan video single yang UNOFFICIAL daripada kami..Maaf di atas kualiti gambar dan suara yang tak seberapa, ni disebabkan oleh rakaman yang menggunakan kemera fon..Rakaman ini juga dilakukan tanpa persiapan yang rapi dan tanpa rehearsal terlebih dahulu..Segala komen positif dan negatif anda amat kami hargai..Terima Kasih.. :)



Tuesday, August 28, 2012

Logo Rasmi Sementara

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia nya dapat kami mencoretkan lagi sebuah penulisan dalam blog ini. Seperti tajuk di atas, kali ini kami The PBC Team ingin memperkenalkan kepada anda semua logo rasmi sementara PBC yang direka sepenuhnya oleh pengasas. Kami sedar bahawa logo adalah elemen yang paling penting dan ia bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan PBC kepada masyarakat. Lihat logo PBC di bawah.


Berikut adalah keterangan logo:-

Merah : Melambangkan semangat yang kental dalam usaha mencapai matlamat.
Hitam : Melambangkan pemikiran yang kreatif dalam setiap perkara yang dilakukan.
Gabungan Bentuk Logo : Melambangkan p iaitu Pena, b iaitu Baiduri dan c iaitu Creative.

Logo rasmi sementara ini masih dalam peringkat perbincangan bersama The PBC Team. Jika telah dipersetujui oleh semua team, ia akan didaftarkan untuk dijadikan hakcipta terpelihara milik PBC. Jika ada perubahan pada logo rasmi PBC, kami akan memaklumkan kepada anda semua secepat yang mungkin.

Setakat ini sahaja pengenalan untuk PBC. Jika ada pertanyaan dan sebarang maklumbalas mengenai Pena Baiduri Creative, sila emailkan ke penabaiduricreative@gmail.com atau lawati facebook page kami di Pena Baiduri Creative (Official). Sokongan anda amat kami hargai. Akhir kata dari kami The PBC Team, MAJULAH SENI UNTUK NEGARA. Terima Kasih.

Monday, April 23, 2012

Sejarah Penubuhan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya sekali lagi telah memberi ruang dan masa bagi kami menukilkan pengenalan Pena Baiduri Creative (PBC) ini. Seperti yang termaktub pada nama nya, PBC adalah satu platform untuk menonjolkan hasil2 karya seni kami. Ia terdiri daripada seni lukis, grafik, videography, photography, short film, muzik, novel, puisi dan seumpamanya. Idea asal penubuhan PBC ini telah dicetuskan oleh seorang insan biasa yang sangat meminati bidang seni bernama Muhammad Helmi atau lebih dikenali sebagai Dekmi. Nama PBC telah lama dirancang oleh Dekmi dan beliau ingin mengembangkan penjenamaan PBC ini bermula awal tahun 2012. Namun, oleh kerana masalah yang tidak dapat dielakkan ia nya ditunda sehingga ke hari ini. Oleh itu beliau berazam untuk menaikkan nama PBC dalam masa terdekat dan secepat yang mungkin agar ia berkembang dan menjadi salah satu platform mega bagi peminat dan penggiat seni kelak. Insyaallah.

Pelbagai aktiviti dan hasil karya menarik yang telah beliau rancang bersama rakan-rakan nya yang juga berkecimpung dalam bidang seni. PBC juga menjemput para peminat seni untuk sama-sama berkongsi pendapat, idea, komen dan juga hasil2 karya mereka kepada pihak kami di PBC. Dalam perancangan untuk menaikkan nama PBC, antara idea-idea seni yang bakal diketengahkan adalah filem pendek, nyanyian (cover), senireka grafik dan fotografi. Karya-karya dari kami akan diupload hanya di sini dan tidak dibenarkan sama sekali diupload ke sebarang medium lain seperti Youtube, Metacafe dan sebegainya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari pihak kami. Kami di PBC bakal mendapatkan hakcipta untuk branding PBC bagi memantau kegiatan ciplak atau meniru branding kami. Info terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Setakat ini sahaja pengenalan untuk PBC. Jika ada pertanyaan dan sebarang maklumbalas mengenai Pena Baiduri Creative, sila emailkan ke penabaiduricreative@gmail.com atau lawati facebook page kami di Pena Baiduri Creative (Official). Sokongan anda amat kami hargai. Akhir kata dari kami The PBC Team, MAJULAH SENI UNTUK NEGARA. Terima Kasih.

ThePBCTeam.

Wednesday, April 18, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan limpah kurnia-Nya Pena Baiduri Creative telah mempunyai blog sendiri. Pengenalan kepada Pena Baiduri Creative ini akan saya ceritakan nanti Insyaallah. :)