Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dengan izin-Nya sekali lagi telah memberi ruang dan masa bagi kami menukilkan pengenalan Pena Baiduri Creative (PBC) ini. Seperti yang termaktub pada nama nya, PBC adalah satu platform untuk menonjolkan hasil2 karya seni kami. Ia terdiri daripada seni lukis, grafik, videography, photography, short film, muzik, novel, puisi dan seumpamanya. Idea asal penubuhan PBC ini telah dicetuskan oleh seorang insan biasa yang sangat meminati bidang seni bernama Muhammad Helmi atau lebih dikenali sebagai Dekmi. Nama PBC telah lama dirancang oleh Dekmi dan beliau ingin mengembangkan penjenamaan PBC ini bermula awal tahun 2012. Namun, oleh kerana masalah yang tidak dapat dielakkan ia nya ditunda sehingga ke hari ini. Oleh itu beliau berazam untuk menaikkan nama PBC dalam masa terdekat dan secepat yang mungkin agar ia berkembang dan menjadi salah satu platform mega bagi peminat dan penggiat seni kelak. Insyaallah.
Pelbagai aktiviti dan hasil karya menarik yang telah beliau rancang bersama rakan-rakan nya yang juga berkecimpung dalam bidang seni. PBC juga menjemput para peminat seni untuk sama-sama berkongsi pendapat, idea, komen dan juga hasil2 karya mereka kepada pihak kami di PBC. Dalam perancangan untuk menaikkan nama PBC, antara idea-idea seni yang bakal diketengahkan adalah filem pendek, nyanyian (cover), senireka grafik dan fotografi. Karya-karya dari kami akan diupload hanya di sini dan tidak dibenarkan sama sekali diupload ke sebarang medium lain seperti Youtube, Metacafe dan sebegainya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari pihak kami. Kami di PBC bakal mendapatkan hakcipta untuk branding PBC bagi memantau kegiatan ciplak atau meniru branding kami. Info terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Setakat ini sahaja pengenalan untuk PBC. Jika ada pertanyaan dan sebarang maklumbalas mengenai Pena Baiduri Creative, sila emailkan ke penabaiduricreative@gmail.com atau lawati facebook page kami di Pena Baiduri Creative (Official). Sokongan anda amat kami hargai. Akhir kata dari kami The PBC Team, MAJULAH SENI UNTUK NEGARA. Terima Kasih.
ThePBCTeam.