Tuesday, August 28, 2012

Logo Rasmi Sementara

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia nya dapat kami mencoretkan lagi sebuah penulisan dalam blog ini. Seperti tajuk di atas, kali ini kami The PBC Team ingin memperkenalkan kepada anda semua logo rasmi sementara PBC yang direka sepenuhnya oleh pengasas. Kami sedar bahawa logo adalah elemen yang paling penting dan ia bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan PBC kepada masyarakat. Lihat logo PBC di bawah.


Berikut adalah keterangan logo:-

Merah : Melambangkan semangat yang kental dalam usaha mencapai matlamat.
Hitam : Melambangkan pemikiran yang kreatif dalam setiap perkara yang dilakukan.
Gabungan Bentuk Logo : Melambangkan p iaitu Pena, b iaitu Baiduri dan c iaitu Creative.

Logo rasmi sementara ini masih dalam peringkat perbincangan bersama The PBC Team. Jika telah dipersetujui oleh semua team, ia akan didaftarkan untuk dijadikan hakcipta terpelihara milik PBC. Jika ada perubahan pada logo rasmi PBC, kami akan memaklumkan kepada anda semua secepat yang mungkin.

Setakat ini sahaja pengenalan untuk PBC. Jika ada pertanyaan dan sebarang maklumbalas mengenai Pena Baiduri Creative, sila emailkan ke penabaiduricreative@gmail.com atau lawati facebook page kami di Pena Baiduri Creative (Official). Sokongan anda amat kami hargai. Akhir kata dari kami The PBC Team, MAJULAH SENI UNTUK NEGARA. Terima Kasih.